Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 6, 2023 23:50 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 September 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 September 2023.
1. ASEAN 2023: Malaysia kecewa lihat ketidakstabilan berterusan di Myanmar - Anwar
Malaysia berpandangan pelaksanaan Kemuafakatan Lima Perkara (5PC) di Myanmar masih belum mencapai tahap yang memuaskan.
2. Bekas Timbalan Menteri Abdullah Fadzil Che Wan meninggal dunia
Datuk Seri Abdullah Fadzil Che Wan meninggal dunia di Hospital KPJ Tawakkal Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi Rabu.
3. Video tular 'beras tempatan dibungkus semula jadi beras import' adalah tidak benar
Pembungkusan semula BPI merupakan satu proses normal apabila berlaku kejadian kampit pecah atau beras berhabuk sewaktu kampit beras berada di kedai dan pasar raya.
4. Kes Zahid: SPRM siasat lanjut kes pecah amanah, rasuah babit Yayasan Akalbudi - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM menyerahkan kepada pegawai penyiasat SPRM untuk menyiasat lanjut kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.
5. Muhammad Hafizuddeain dilantik Panglima Tentera Darat yang baharu
Muhammad Hafizuddeain turut dinaikkan pangkat sebagai Jeneral dan mengambil alih jawatan nombor satu dalam Tentera Darat daripada Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
6. Industri e-sukan terdedah rasuah - Azam Baki
Aktiviti rasuah dalam industri e-sukan dipercayai berlaku dalam bentuk transaksi digital seperti bitcoin dan mata wang kripto dan ia menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesannya.
7. Penganggur dipenjara dan didenda buat komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor
Hakim turut memerintahkan Mohamad Azlan Ibrahim selaku Orang Kena Saman (OKS) menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini atau dipenjara tiga bulan jika OKS gagal membayar denda.
8. ASEAN perlu manfaat kepakaran Jepun, Korea Selatan dalam teknologi tenaga - PM Anwar
Malaysia mengalu-alukan pengukuhan dan peningkatan kerjasama di antara ASEAN bersama Jepun dan Korea Selatan, terutamanya dalam bidang teknologi hijau, teknologi digital, serta tenaga bersih.
9. Agong titah tolak perbezaan demi masa depan Malaysia gemilang
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kesatuan yang jitu antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak merupakan kekuatan utama membentuk negara Malaysia.
10. Shah Firdaus, Sivasangari pembawa Jalur Gemilang di Sukan Asia
Pelumba berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan jaguh skuasy S. Sivasangari, dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang untuk Sukan Asia Hangzhou 2022, di China bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.
#berita pilihan #berita tempatan #Jalur Gemilang #Yayasan Akalbudi
;