Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 30, 2023 23:57 MYT
Ogos 30, 2023 23:57 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Ogos 2023.
Kesemua 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan komited dan beriltizam untuk memastikan negara terus stabil, bagi meraih kepercayaan tinggi pelabur luar untuk datang ke Malaysia.
Polis sedang mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat dalam melemparkan fitnah kononnya lebih 200 sekolah tahfiz di negeri ini akan ditutup sehingga mengundang keresahan orang ramai.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai lemas di dalam sebuah kolam renang rekreasi di sebuah inap desa di Jalan Sungai Panjang di sini pada Selasa.
Menurut analisisnya, jejak wang dana tersebut yang diterima oleh dua akaun bank peribadi (berakhir dengan nombor 694 dan 880) boleh dikesan dan dibahagikan kepada empat fasa.
Seorang pegawai kanan dan dua anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Muar, Johor.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan terhadap penubuhan Majlis Perundingan Masjid serta pelantikan terhadap 55 orang sebagai Ahli Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak, pada Rabu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan akan pertahankan hak setiap rakyat di negara ini.
Penganalisis petugas khas 1MDB, Adam Ariff Mohd Roslan berkata demikian semasa prosiding kes empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB.
Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan, seperti yang digariskan dalam "Peta Standard China Edisi 2023", yang turut meliputi kawasan maritim Malaysia.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kekurangan minat generasi muda terhadap politik adalah kerana golongan itu terlalu selesa dengan kesenangan yang dikecapi ketika ini.