Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 29, 2023 23:45 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 Ogos 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 Ogos 2023.
1. Bekas Ahli Parlimen Jasin meninggal dunia
Datuk Mohd Said Yusof, 70, meninggal dunia di Hospital Melaka akibat sakit tua pada malam Isnin.
2. Kerajaan umum dana asas RM2 bilion Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional
Dana itu membolehkan gabungan kewangan sebagai pemangkin, untuk memastikan kelancaran sumber kewangan bagi projek peralihan tenaga.
3. 40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
Choo Kiang ialah calon tunggal dilantik bagi jawatan itu pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Sidang DUN Ke-15.
4. Larangan sentuh isu 3R terlalu umum - Tun Mahathir
Kerajaan tidak berhak untuk melarang mana-mana pihak membicarakan isu berkenaan 3R (agama, raja, kaum).
5. Pakej 5G RAHMAH bermula 31 Ogos, pascabayar RAHMAH penjawat awam pada 16 Sept
Pakej 5G RAHMAH, dengan spesifikasi asas pelan data (device bundle) melibatkan telefon pintar akan mula ditawarkan bermula 31 Ogos ini untuk semua rakyat Malaysia hingga Disember.
6. Mana lebih menyengat? Semua juara kembali bersaing di pentas GV10
Hampir satu dekad bersiaran, program hiburan pilihan penonton Gegar Vaganza (GV) kembali membawa kelainan dengan memanggil kesemua juara untuk berentap di satu pentas yang sama.
7. Nahas Elmina: Rakaman suara CVR berjaya dimuat turun - Loke
Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) telah berjaya mendapatkan rakaman Kotak Perakam Suara Kokpit (CVR) berhubung nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Persiaran Elmina 17 Ogos lalu.
8. Mayat dibalut langsir: Bunuh bapa kerana sering dimarah
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa berusia 70-an itu selalu memberi tekanan terhadap suspek yang malas bekerja.
9. Sultan Selangor titah siasat pemfitnah sekolah tahfiz
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah, fitnah mengatakan lebih 200 buah sekolah tahfiz di Selangor telah diarahkan tutup amat dikesali dan tidak bertanggungjawab.
10. Polis rekod keterangan Dr Mahathir
Polis merekod keterangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan penglibatan dalam program Sidang Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu baru-baru ini.
#berita pilihan #berita tempatan #sekolah tahfiz #pakej 5G RAHMAH
;