Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 24, 2023 23:44 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Ogos 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Ogos 2023.
1. PRK Pelangai: Penamaan calon 23 September, mengundi 7 Oktober - SPR
SPR menetapkan 7 Oktober depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
2. Permohonan tangguh kes AMLA, elak cukai Rosmah ditolak
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan hari pertama kes 17 tuduhan pengubahan wang haram RM7.1 juta dan pengelakan cukai membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor.
3. Panggilan bom palsu di AEON Mall Klebang, polis tahan seorang lelaki
Suspek seorang warga tempatan berusia 38 tahun, ditahan di sebuah rumah di Tasek, kira-kira jam 9.30 malam.
4. RM1.098 juta dimasukkan ke akaun Rosmah - Saksi
Seorang saksi mengesahkan di Mahkamah Tinggi pada Khamis, beberapa transaksi dalam akaun bank berakhir nombor 0058, menunjukkan berlaku aktiviti pendepositan wang tunai berjumlah RM1.098 juta.
5. SPM 2023 bermula 5 Dis hingga 7 Mac 2024 - KPM
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Dis tahun ini hingga 7 Mac 2024.
6. PM Anwar jamin peruntukan tambahan perumahan PDRM dalam Belanjawan Madani kedua
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa beliau akan berusaha mencari peruntukan tambahan untuk perumahan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
7. Nahas Elmina: Perakam CVR dijangka dianalisis di Florida Isnin depan
Perakam suara kokpit (CVR) pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Persiaran Elmina, minggu lalu dijangka dianalisis di makmal di Amerika Syarikat (AS), seawal Isnin ini.
8. Sime Darby ambil alih 61.2% pegangan dalam UMW berharga RM3.57 bilion
Sime Darby Berhad mengambil alih 61.18% kepentingan ekuiti dalam UMW Holdings Berhad daripada Permodalan Nasional Berhad dan Amanahraya Trustees Berhad pada RM5 sesaham atau RM3.57 bilion.
9. 'Dedahkan butiran perjanjian Ambalat kepada PAC' - KJ
Kerajaan dicadangkan mengemukakan butiran perjanjian persempadanan maritim yang ditandatangani dengan Indonesia kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa Parlimen secara rahsia.
10. Kerajaan terus cari jalan pastikan harga barang tidak bebankan rakyat - PM
Kerajaan akan terus mencari jalan bagi memastikan harga barang di Malaysia berada pada paras yang tidak membebankan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#berita pilihan #berita tempatan #perjanjian Ambalat #harga barang
;