Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 22, 2023 23:42 MYT
Ogos 22, 2023 23:42 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 22 Ogos 2023.
Makmal analisa di Singapura dilaporkan gagal untuk mendapatkan rakaman suara 30 minit terakhir sebelum kejadian.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan, pemecatan Apandi tidak dibuat secara salah berdasarkan dakwaan 'pengabaian tugas' yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.
Larangan itu antara lain bagi mengelak berlakunya risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan kenyataan media rasmi berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 yang dikatakan bermula lebih awal pada 5 Disember depan.
Kerajaan akan menambah peruntukan geran sebanyak RM6 juta untuk program kewangan sosial iTekad bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), khususnya golongan B40, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semua pegawai perkhidmatan awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis, manakala pemakaian batik pada hari bekerja lain, digalakkan.
Polis setakat ini mengklasifikasikan kematian 10 mangsa yang terlibat dalam kejadian nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, pada Khamis lepas sebagai kematian mengejut (SDR).
Kerajaan menetapkan pelaburan langsung domestik (DDI) sebagai salah satu petunjuk prestasi utama bagi menjana jumlah pelaburan negara kerana ia berpotensi untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat punca tiga sekeluarga di Kampung Bahagia, Rompin, Pahang yang dijangkiti wabak pertussis (batuk kokol), kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) hari ini bersetuju agar penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan agensi di bawahnya turut meliputi pelaburan langsung domestik (DDI) selain pelaburan langsung asing (FDI).