Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 15, 2023 23:47 MYT
Ogos 15, 2023 23:47 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu setelah mendapati keempat-empat pertuduhan tersebut adalah kabur, cacat dan tidak berasas kerana ia tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, proses pascanilai perlu dilakukan dalam menilai punca sebenar kekalahan majoriti kerusi ditandingi UMNO pada PRN tersebut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan berkaitan kejadian tersebut dijalankan bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh bersalah atas dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja.
Seorang remaja didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh abang kandungnya di rumah mereka di Taman Mahkota, di Kulim, minggu lepas.
Peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini mengemukakan beberapa siri kejadian bagi menunjukkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sangat rapat dengan keluarga Zeti.
Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini.
Kemelut membabitkan Datuk Misbun Sidek dengan BAM akhirnya menemui jalan pendamaian selepas badan induk badminton negara itu mengesahkan mencapai penyelesaian secara baik dengannya.
Ahli Dewan Undangan Negeri Meranti, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menjadi Menteri Besar Kelantan ke-19 bagi penggal ke-15.
Buat pertama kalinya, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa bank pusat itu telah mengesyorkan tiga pegawai tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa berhubung skandal yang menyelubungi syarikat itu.