Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 9, 2023 23:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Ogos 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Ogos 2023.
1. Anak sebak cabut plat nama Allahyarham Salahuddin di Parlimen
Anak Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Fatihah Salahuddin hadir ke Dewan Rakyat untuk mencabut plat nama ayahnya pada Selasa.
2. ND Lala, isteri bercerai selepas 34 tahun bernikah
Spekulasi mengenai kedudukan rumah tangga artis veteran, Datuk ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh dan isterinya, Datin Fauziah Sarman akhirnya sampai ke penghujung.
3. Saya bukan pengkhianat, sebaliknya saya 'ditikam' - Azmin Ali
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan tuduhan bahawa beliau ialah pengkhianat dalam PKR.
4. DAP janji tidak ganggu agama Islam - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata DAP telah memberi komitmen bahawa parti itu sentiasa menghormati agama Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
5. Bapa saudara mengaku salah hempas bayi, humban anak saudara
Tertuduh Mohammad Azmin Hamanullah, 28, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim, Mazdi Abdul Hamid.
6. Pekerja ladang mengaku salah bakar isteri
Tertuduh didakwa dengan niat cuba membunuh isterinya berusia 35 tahun dengan membakar mangsa sehingga mengakibatkan wanita itu mengalami kecederaan parah.
7. Menantu Muhyiddin nafi larikan diri, sentiasa berkomunikasi dengan pengawai penyiasat SPRM
Beliau meninggalkan Malaysia secara sah dan tidak pernah ditangkap atau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan sebelum ini.
8. Ahli perniagaan saman Dr Mahathir, kerajaan isu saham Renong
Seorang ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain, bagi menuntut pampasan berhubung kerugian dialaminya selepas pengambilalihan saham Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM) oleh kerajaan, hampir 23 tahun lepas.
9. Pembinaan lapangan terbang baharu Pulau Tioman tidak diteruskan - Nik Nazmi
Mesyuarat Jemaah Menteri secara dasarnya bersetuju untuk tidak meneruskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman baharu.
10. Kenyataan fitnah: Amirudin tuntut Sanusi mohon maaf, tarik kenyataan 48 jam
Datuk Seri Amirudin Shari menuntut agar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menarik balik dan memohon maaf dalam tempoh 48 jam berhubung kenyataan berunsur fitnah.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI
;