Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 28, 2023 23:54 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Julai 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Julai 2023.
1. 'Sanusi dah hantar surat saman, kita lawan di mahkamah' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan telah menerima notis undang-undang daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu unsur nadir bumi (REE) dan bersedia untuk bertemu di mahkamah.
2. PRN: Hentikan dulu sedekah, bimbang jadi peluru lawan - Tok Mat
Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan semua calon Barisan Nasional (BN) supaya berhenti bersedekah sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bermula esok.
3. Lelaki terjatuh dari tingkat 29 bangunan putus kepala
Seorang lelaki warga warga asing ditemukan maut dalam keadaan mengerikan selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah bangunan di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
4. Azmin setuju debat dengan Rafizi dengan syarat
Bekas Menteri Kanan Kluster, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersetuju untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
5. Pengumuman insentif kepada rakyat bukan disebabkan PRN - Ahmad Maslan
Pengumuman beberapa insentif untuk rakyat oleh Kerajaan Perpaduan ketika ini bukan disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
6. Tun Mahathir ramal PN menang PRN di lima negeri
Perikatan Nasional (PN) diramal akan menang mudah 5-1 dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
7. PRN: Penamaan calon esok buka gelanggang rebut 245 kerusi DUN
'Gelanggang' Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menyaksikan pertandingan di 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri membuka tirai secara rasmi esok.
8. Muhyiddin saman Anwar isu hutang peneroka Felda
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memfailkan saman fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berjumlah RM8.3 bilion.
9. 'Tun M, belajarlah dari pengalaman ... hilang deposit' - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya yang meramalkan Perikatan Nasional (PN) mampu meraih kemenangan 5-1 dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
10. Pelaburan asing yang besar bukti Kerajaan Perpaduan kukuh, stabil - PM
Kemasukan pelaburan asing yang besar seperti syarikat teknologi dan kenderaan elektrik (EV) Tesla Inc membuktikan bahawa negara di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan adalah stabil serta kukuh.
#berita tumpuan #berita utama #berita tempatan #berita pilihan
;