Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 27, 2023 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Julai 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Julai 2023.
1. PM umum bantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara
Anwar berkata bayaran bantuan berkenaan dijangka dibuat dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
2. Malaysia sasar berada di kedudukan 30 ekonomi terbesar dunia menjelang 2033 - PM
Tumpuan utama adalah untuk menstruktur semula ekonomi bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia.
3. Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat angkat dua tumpuan utama
Ekonomi MADANI menetapkan tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum 10 tahun.
4. PRN: Kalau 90 peratus Melayu mengundi, PN boleh menang di Selangor - Muhyiddin
Jangkaan tersebut memandangkan sebahagian besar pengundi di negeri itu adalah orang Melayu.
5. Saifuddin dicabar jawab dakwaan skandal PH, BN semasa tadbir Kedah
SADA didakwa mengalami kerugian RM36 juta dan berhutang RM149 juta semasa PH mentadbir negeri itu antara 2018 hingga 2020.
6. Kes PU Azman: Firdaus Wong dakwa wujud perbuatan liwat
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa wujud perbuatan liwat dalam kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias dengan dua mangsa di rumahnya di Sendayan pada Ogos lalu.
7. Zeti bongkar isu 1MDB babit Najib
Antara isu yang dikupas ialah surat berhubung hadiah ASD$100 juta daripada Kerabat Diraja Arab Saudi kepada bekas Ahli Parlimen itu.
8. PRN Pulau Pinang: Dominic sah bertanding di DUN Bayan Lepas - Hamzah
Perikatan Nasional mengesahkan Majlis Presiden gabungan itu bersetuju meletakkan Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai sebagai calon kerusi DUN Bayan Lepas, Pulau Pinang.
9. Pegawai awam Gred 54 terlibat rasuah membimbangkan - Azam Baki
Pembabitan pegawai awam gred 54 ke atas dalam gejala rasuah menjadi trend yang amat membimbangkan, berbanding 10 tahun lalu.
10. PRN: 'Monang bosar, 36-0' dilaungkan PH-BN di Negeri Sembilan
Jentera Perpaduan Negeri Sembilan dilancarkan pada Khamis malam, isyarat kesediaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
#berita pilihan #berita utama #berita penting #berita tumpuan