Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 26, 2023 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Julai 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Julai 2023.
1. PRN Kedah: Baddrol, Radhi Mat Din sah calon PN di Gurun, Alor Mengkudu
Nama bekas kapten pasukan bola sepak Lang Merah, Baddrol Bakhtiar diumumkan sebagai calon muka baharu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah kali ini.
2. Astro AWANI tawar pentas 'Debat Ekonomi Malaysia' Rafizi - Azmin
Astro AWANI sedia menerbitkan debat antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan bekas Menteri Kanan Kluster Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
3. Pas pecat ahli tanding Bebas - Abdul Hadi
Pas mengingatkan ahli parti itu yang bertanding sebagai calon Bebas boleh dikenakan tindakan tegas termasuk dipecat daripada parti.
4. ROS batal pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dilaporkan membatalkan pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) berkuat kuasa Khamis lalu.
5. Ahli perniagaan bergelar Datuk ditahan, wang tunai RM38 juta, emas 200kg disita
Operasi itu sekali gus melumpuhkan satu sindiket rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah, pada 24 Julai 2023.
6. PU Azman: Keberanian Firdaus Wong, faktor penceramah Isfadiah minta bantuan
Penceramah, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki memberitahu mahkamah dia merujuk kes amang seksual melibatkan PU Azman kepada Firdaus Wong Wai Fung kerana beliau seorang yang berani dan boleh dipercayai.
7. Hakim kes 1MDB babit Najib, mengaku rakan kongsi Jasmine Loo
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah memberitahu mahkamah bahawa beliau pernah menjadi rakan kongsi di firma guaman yang sama dengan bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan.
8. PRN Selangor: Azmin tak pertahan Bukit Antarabangsa, pindah ke Hulu Kelang
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
9. Cuepacs jangka PM umum berita baik kepada penjawat awam 8 Ogos ini
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menjangkakan pengumuman berita baik kepada penjawat awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Ogos ini.
10. Malaysia, Filipina setuju terus sokong kepusatan ASEAN tangani 5PC di Myanmar
Malaysia dan Filipina bersetuju untuk menyokong Kepusatan ASEAN dan terus bekerjasama rapat untuk menangani pelbagai cabaran yang ditimbulkan oleh geopolitik dan sosioekonomi yang sentiasa berubah.
#berita tempatan #berita hari ini #Berita AWANI #berita dalam negara