Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 21, 2023 15:50 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Julai 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Julai 2023.
1. Sanusi tuntut Saifuddin mohon maaf dalam tempoh seminggu
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengemukakan notis tuntutan terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya Menteri Dalam Negeri itu memohon maaf dalam tempoh tujuh hari kerana didakwa menfitnah beliau berhubung kegiatan mencuri unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.
2. Hamzah dedah Saifuddin pernah merayu batal pemilihan PKR
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin mendedahkan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pernah merayu kepada beliau untuk membatalkan keputusan pemilihan PKR pada 2022 selepas tewas kepada Rafizi Ramli.
3. Dilarang guna akuarium jual air - KP Kesihatan
Penggunaan akuarium atau bekas bukan untuk tujuan makanan dilarang seperti dinyatakan dalam Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
4. Nak elak nyanyuk, sertai kumpulan marhaban! Ini 5 manfaat lain yang perlu kita tahu
Selain mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah menerusi kumpulan marhaban, golongan emas terutamanya digalakkan menyertai marhaban bagi mengatasi masalah nyanyuk.
5. Ibu terlepas hukuman gantung
Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datin Rohani Ismail membuat keputusan itu terhadap R Devaki, 34, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
6. 'Saya tidak terima sebarang notis daripada Sanusi' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan beliau tidak menerima sebarang notis tuntutan daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
7. Kes rasuah Guan Eng: RM2 juta didakwa untuk Najib bagi eratkan hubungan - Saksi
Lim berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
8. Wan Saiful gagal ketepi kes rasuah RM6.9 juta
Beliau berhadapan dua pertuduhan rasuah RM6.9 juta membabitkan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
9. Polis sahkan objek bawah kereta Siti Kasim bom jenis IED
Polis mengesahkan objek mencurigakan yang ditemui di bahagian bawah kereta aktivis dan peguam Siti Kasim adalah bahan letupan termampat (IED).
10. PRN: BN bertanding di 107 kerusi DUN, 62 peratus muka baharu
Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan 107 calon daripada 245 kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan serta Terengganu pada 12 Ogos ini.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI