Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 19, 2023 23:52 MYT
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Julai 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Julai 2023.
1. Jauhi sifat hasad dengki, fitnah, prasangka - Agong
Seri Paduka Baginda menyeru semangat kesatuan, perpaduan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan adat resam diterapkan di Malaysia.
2. Bekas Ketua Pengarah IKIM, Abdul Monir dinobat Tokoh Maal Hijrah 2023
Sementara itu, Mufti Besar India, Al-Allamah Sheikh Abu Bakr Ahmad pula dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa untuk tahun ini.
3. Pertuduhan Sanusi tiada kaitan dengan kerajaan - Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil mendakwa, kerajaan sama sekali tidak ada kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
4. Guna Akta Hasutan bertentangan janji reformasi Kerajaan Perpaduan - Muhyiddin
Pendakwaan menggunakan Akta Hasutan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat bertentangan dengan janji reformasi yang pernah dilaungkan pimpinan Kerajaan Perpaduan.
5. Sanusi nafi kenyataan KPN dakwaan 'gagal dihubungi polis'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bahawa beliau tidak dapat dihubungi sehingga memaksa polis membuat tangkapan terhadapnya pada jam 3 pagi.
6. Rasuah REE: CEO Perbadanan Menteri Besar, pengarah syarikat ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan melibatkan jumlah rasuah melebihi RM13 juta.
7. JKDM beri ganjaran 10 peratus kepada pemberi maklumat barangan lari cukai
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini menawarkan ganjaran 10 peratus daripada nilai rampasan kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat tepat mengenai barangan yang dikategorikan lari cukai berserta pelakunya.
8. Maal Hijrah: PM Anwar harap semua pihak perbaharui azam, tekad kukuh solidariti umat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap rakyat Malaysia dapat memperbaharui azam untuk mengukuhkan lagi perpaduan sempena kedatangan tahun baharu hijrah.
9. Penahanan Sanusi dengan Anwar pada 1998 tidak sama - Fahmi
Naratif yang cuba dimainkan oleh sesetengah pihak yang menyamakan penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan peristiwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan pada 1998 adalah tidak tepat.
10. Pelupusan hutang Felda: Muhyiddin tuntut Anwar mohon maaf - Firma guaman
an Sri Muhyiddin Yassin menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar membuat permohonan maaf tanpa syarat dan terbuka secara bertulis susulan kenyataan berunsur fitnah mendakwa, hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah dilupuskan di bawah pentabiran bekas Perdana Menteri itu.
#berita pilihan #berita tempatan #Felda #Maal Hijrah
;