Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 18, 2023 23:45 MYT
Julai 18, 2023 23:45 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Julai 2023.
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah ditahan oleh polis sekitar pukul 3 pagi tadi di sebuah hotel di ibu negara untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah mengikut Akta Hasutan.
Hospital Melaka diarah menyiasat dakwaan seorang lelaki berhubung kejadian tangan seorang bayi berusia dua bulan yang mengalami bengkak dan bernanah ketika menerima rawatan demam campak di hospital berkenaan.
Seorang wanita sanggup bersuamikan dua lelaki kerana mahu terus bersama atas dasar sayang biarpun perbuatan tersebut salah di sisi Islam.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Datuk Seri Amirudin Shari akan dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor jika parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos nanti.
Beliau menegaskan, semua pihak perlu menghormati proses undang-undang susulan pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Neelofa juga turut memberitahu sebab memilih nama tersebut.
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian anak kekasihnya dua minggu lalu.
Rakyat diberitahu tajuk 3R (Race, Religion and Royalty) tidak boleh disentuh.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata cubaan pihaknya menghubungi Muhammad Sanusi untuk memaklumkan supaya hadir ke Mahkamah Selayang hari ini gagal.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pemeriksaan mengejut di dua buah sekolah hari ini semasa menghadiri program di Sekinchan, Selangor.