Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 17, 2023 23:54 MYT
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Julai 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Julai 2023.
1. Jalan Balik Pulau-Jalan Teluk Bahang ditutup berikutan hakisan tanah
Kegagalan cerun yang berlaku adalah disebabkan oleh hakisan tanah daripada taburan air hujan yang tinggi beberapa hari sejak 1 Julai lepas.
2. Kesesakan HSA: Bangunan terbiar lebih 20 tahun diguna semula
Pembukaan kembali bangunan tersebut akan dilakukan kerajaan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
3. Tragedi MH17 genap sembilan tahun, keadilan masih dicari
Usaha mencari keadilan tidak akan berakhir walaupun keputusan hukuman terhadap tiga suspek yang menjadi dalang tragedi pesawat MH17 telah dilaksanakan oleh Mahkamah The Hague November lalu.
4. Penerima SARa boleh buat pembelian di 600 pasar raya, kedai runcit
Antara premis terlibat ialah rangkaian Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), 99 Speedmart, Econsave, Lotus's Malaysia dan Giant Hypermarket.
5. Bekas penyampai radio Ismahalil bebas, terlepas hukuman mati
Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas Ismahalil, 50, berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
6. Dakwaan hina Sultan: Kertas siasatan 3R terhadap Sanusi hampir selesai - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pada masa ini kertas siasatan melibatkan isu 3R (raja, agama dan kaum) itu sudah disiapkan lebih 90 peratus.
7. Siasatan terhadap Sanusi masih belum selesai - Sultan Selangor
Baginda bertitah demikian selepas berkenaan menerima menghadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dalam satu pertemuan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada Isnin.
8. PRN: MUDA umum enam lagi calon, beri isyarat jelas kepada Kerajaan Pusat
Menurut Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, enam calon MUDA itu bakal membawa politik perubahan untuk rakyat serta kuasa semak dan imbang.
9. Jual vape: 'Malaysia seolah-olah sudah memasuki era 'Wild Wild West' - Khairy
Beliau memberi reaksi mengenai laporan khas, Al Jazera dalam program berjudul, 101 East yang mempaparkan bukti produk itu mudah dibeli oleh kanak-kanak bawah 18 tahun.
10. Jurufoto buat laporan, mohon PDRM ambil tindakan tegas terhadap pelaku gangguan seksual
Selepas menjadi mangsa gangguan seksual di media sosial sejak lapan tahun lalu, jurufoto profesional Acacia Diana akhirnya tampil mendedahkan kepada umum mengenainya.
#berita pilihan #berita tempatan #Berita AWANI #berita Malaysia
;