Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 15, 2023 23:59 MYT
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Julai 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Julai 2023.
1. Sanusi utus surat kepada Sultan Selangor, mohon ampun
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan telah mengutus surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan konteks sebenar ucapannya yang didakwa diputar belit.
2. Lebih ramai bekas pemimpin UMNO akan menyertai Bersatu - Hamzah Zainudin
Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, bekas-bekas pemimpin itu pernah memegang jawatan tertinggi di peringkat bahagian dan kebangsaan.
3. Vida sedia 'pasukan' urus Kelantan FC
Pasukan tersebut disertai oleh individu yang mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak dan pengurusan bagi memastikan TRW kembali ke landasan terbaik.
4. Malaysia disenarai tempat paling selamat untuk persaraan di Asia
Dapatan itu diperoleh menerusi kajian daripada perbadanan perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Nasdaq.
5. Ganggu ketenteraman awam, tidak hormati institusi raja-raja salah di sisi undang-undang - Azalina
Membangkitkan isu memecah belah, mengganggu ketenteraman awam dan tidak menghormati institusi raja-raja adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.
6. Kerajaan Perpaduan akan pastikan nasib pesawah terbela, pendapatan meningkat - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan akan memastikan nasib pesawah padi terbela dengan meningkatkan pendapatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7. PRN: Kerjasama PSM dan MUDA beri pilihan baharu kepada pengundi
PSM dan MUDA juga sudah bersetuju untuk tidak bertembung dalam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi.
8. Norza lepas jawatan Presiden BAM selepas Olimpik Paris 2024
Beliau turut memaklumkan akan melepaskan jawatan sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas temasya sukan Olimpik Los Angeles 2028.
9. PRN: Cari pemimpin yang serius jaga kepentingan rakyat, bukan pelawak politik - Zahid
Menurutnya, pilihan raya seharusnya menjadi medan terpenting untuk mengangkat sebuah kerajaan yang berwibawa dan bukannya seorang individu yang hanya menjadi pelawak politik.
10. Saifuddin dedah MBI Kedah terima kompaun curi nadir bumi
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah menerima kompaun berjumlah RM500,000 kerana terlibat dalam kejadian mencuri unsur nadir bumi (REE) di Kampung Chong, Sik.
#berita tempatan #berita pilihan #berita dalam negara #Berita AWANI