Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 13, 2023 23:46 MYT
Julai 13, 2023 23:46 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Julai 2023.
Kerajaan sedang mengkaji untuk mewujudkan satu akta baharu bagi menghukum pihak yang mempermainkan isu 3R (agama, raja dan kaum) daripada aspek sivil.
Seramai 10 rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan tidak dapat dihubungi susulan fenomena hujan lebat di pergunungan Manali, Himachal Prasesh, India, berada dalam keadaan selamat.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor akan membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini berhubung kenyataannya yang didakwa menghina Sultan Selangor.
Ia berhubung dakwaan menyebar fakta aib mengenai hubungannya dengan Ira Kazar kepada ibu pelakon itu, Datin Patimah Ismail.
Seramai 1,184 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00, kata Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman.
Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat menjenamakan semula Kolej Tingkatan Enam kepada Kolej Pra Universiti KPM, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
Luahan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan apabila ada pihak yang cuba menggunakan pemimpin tertinggi negara untuk membeli syarikat pembekal ubat itu dengan harga yang murah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan berkenaan kes itu, dijangka mengambil masa selama tujuh hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta kepada semua agensi penguatkuasaan tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan secara maya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, pada 14 Julai.