Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 12, 2023 15:53 MYT
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Julai 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Julai 2023.
1. Pengetua dilepas, bebas daripada pertuduhan amang seksual fizikal terhadap pelajar
Berlaku percanggahan dalam pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas apabila mangsa mendakwa berlaku beberapa siri amang seksual tetapi apabila disoal balas, dia mengakui kejadian itu tidak berlaku.
2. Polis sahkan ada tahanan lolos di lokap IPD Dang Wangi
Kejadian berkenaan berlaku pada pukul 9.40 pagi dan polis telah melancarkan Op Cari bagi mengesan tahanan berkenaan.
3. Tarikh keputusan terhadap rayuan remaja dalam kes kebakaran tahfiz ditunda ke 11 Sept
Mahkamah itu juga pada hari yang sama akan membuat keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan seorang lagi remaja terhadap pertuduhan yang sama tanpa memanggil dia untuk membela diri.
4. Rayuan Siti Bainun terhadap sabitan dan hukuman didengar 12 Okt
Rayuan Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan dikenali sebagai Bella akan didengar pada 12 Okt ini.
5. Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan ditahan reman - Saifuddin
Polis telah menangkap bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan pada Jumaat lepas di ibu negara sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
6. SPRM tahan bekas pegawai khas menteri minta sogokan lulus surat warganegara
Seorang bekas pegawai khas menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah RM25,000.
7. Subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar IPTA ke Sabah, Sarawak, Labuan - Loke
Kerajaan bersetuju memberikan subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar universiti awam untuk laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan mulai 15 Ogos.
8. Kanak-kanak perempuan usia setahun positif dadah, ibu ditahan
Seorang wanita ditahan susulan kes seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak suspek berusia 1 tahun 10 bulan, disyaki positif dadah jenis amphetamine dan methaphetamine.
9. Kerajaan akan terus jaga kebajikan pesara - PM Anwar
Kerajaan memutuskan supaya pencen dan pencen terbitan bagi bulan Julai hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal.
10. Vida sedia bersaing secara sihat dapatkan Kelantan FC
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman, kekal dengan pendiriannya untuk menjadi pemilik Kelantan FC biarpun terpaksa berdepan ahli perniagaan muda, Erfan Akif Ruslan.
#berita tempatan #berita pilihan #Berita AWANI #berita Malaysia