Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 6, 2023 23:50 MYT
Berikut berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Julai 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Julai 2023.
1. Peruntukan Perlembagaan Persekutuan cerminkan kepelbagaian, kepentingan kaum - Rais
Semua individu adalah sama dari segi layanan dan tindakan undang-undang dan ia menjurus kepada kepelbagaian hak serta kaum.
2. Empat dari lima remaja Malaysia tidak aktif secara fizikal - Dr Zaliha
Selain itu, dua daripada tiga remaja mengamalkan aktiviti kecergasan pada tahap sedentari.
3. Dana KWSP tidak wajar digunakan untuk biaya belanjawan defisit kerajaan - Pakar Ekonomi
Dana tersebut wajar dilaburkan dengan membeli bon daripada negara asing seperti Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
4. OPR kekal pada 3.00 peratus - BNM
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
5. Rasuah dan pengubahan wang haram: Bekas pegawai kanan KBS dipenjara 15 tahun, didenda RM284.2 juta
Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Otman Arsahd hari ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan didenda berjumlah RM284.2 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu serta 64 tuduhan pengubahan wang haram, 11 tahun lepas.
6. Pindaan undang-undang pencen terbatal: Kerajaan akan umum mekanisme lindungi pesara
Kerajaan akan mengambil langkah melindungi pesara perkhidmatan awam susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu membatalkan pindaan Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (PAA).
7. Kerajaan tiada halangan pengeluaran KWSP secara mandatori pada usia 55 - PM
.
Kerajaan terbuka kepada cadangan untuk menjadikan pilihan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara berkala atau bulanan kepada mandatori apabila mencecah usia persaraan 55 tahun.
8. Zahid tolak tanggapan MCA, MIC boikot PRN
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak tanggapan bahawa pendirian MCA dan MIC untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan hadapan, merupakan satu tindakan boikot.
9. Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia Sabtu ini
Sesi dialog Temu Anwar diteruskan, kali ini di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah pada Sabtu ini.
10. Program MM2H perlu ditambah baik, jadikan Malaysia antara destinasi pilihan utama
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) perlu ditambah baik daripada segi dasar, insentif dan manfaat, supaya ia tidak membebankan.
#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Berita AWANI
;