Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 25, 2023 23:53 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 Jun 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 Jun 2023.
1. Pas tidak tunggang Islam raih sokongan rakyat - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menafikan parti itu menunggang Islam dalam meraih sokongan rakyat sebagaimana tuduhan dilemparkan oleh pihak lawan.
2. PRN: Tony Pua sah tidak bertanding - Anthony Loke
Bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua tidak dicalonkan dalam pilihan raya negeri (PRN), kata Setiausaha Agung parti, Anthony Loke.
3. Plat kenderaan 'isteri PM' bukan permintaan Wan Azizah
Gambar yang tular di media sosial melibatkan plat kenderaan isteri Perdana Menteri bukan atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
4. PRN: Sultan Kedah perkenan bubar DUN 28 Jun
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 28 Jun ini.
5. Tang Jie-Ee Wei dinobat juara terbuka Taipei 2023
Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya merangkul gelaran Jelajah Dunia kedua selepas dinobatkan juara Terbuka Taipei 2023 hari ini.
6. Kecewa digelar 'biawak hidup', MCA disaran pulau PRN
Pemuda MCA menyarankan agar parti itu memulau Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang dengan tidak meletakkan calon.
7. RUU Kawalan Merokok perlu dibentang secepat mungkin - Dr Zaliha
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa meminta semua pihak menyokong usaha untuk memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dapat dibentangkan di Parlimen dalam persidangan akan datang.
8. Anak muda tentukan masa depan Malaysia, bukan orang tua lapuk pemikiran - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa sebarang program atau nafas baharu melibatkan golongan muda, akan diputuskan sendiri oleh kumpulan itu dan dibincangkan di peringkat kerajaan.
9. Seorang anggota TUDM maut, dua jurulatih cedera ketika latihan menembak
TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan insiden pada 12.10 tengah hari itu telah mengakibatkan mangsa, yang merupakan penuntut kursus peningkatan pembantu pertahanan kelas 1 Siri 78/23, meninggal dunia di tempat kejadian.
10. Hajiji mengalirkan air mata kenang perjuangan bersama USNO
Suasana Majlis Perasmian Pejabat Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO) mengundang sebak dalam kalangan hadirin apabila Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menitiskan air mata sewaktu menyampaikan ucapannya.
#berita pilihan #berita tempatan #berita tumpuan #berita utama
;