Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 19, 2023 23:48 MYT
Jun 19, 2023 23:48 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Jun 2023.
Baginda turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor.
Calon yang akan bertanding dalam PRN akan datang mesti berkemampuan dari segi kewangan serta fasih berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
Wan Junaidi menggantikan Tan Sri Rais Yatim yang dilantik sebagai Speaker Dewan Negara sejak 18 Jun 2020 dan tamat perkhidmatan pada 16 Jun lepas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani akan menamatkan kontraknya lebih awal iaitu pada Julai ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang bukti kesalahan jenayah yang didakwa dilakukan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika mengendalikan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kerajaan akan melaksanakan semua yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan inklusif dan mampan dalam ekonomi terbuka yang menghargai aliran kewangan bebas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan hari ini melancarkan Program Bakat Pasaran Modal untuk Graduan (CMGP) yang dijangka membantu 9,000 mahasiswa mengembangkan kemahiran dan kebolehpasaran khususnya dalam industri pasaran modal.
Platform media sosial, Telegram hari ini akur untuk memberi komitmen dan bersedia menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengekang isu keselamatan siber di platform berkenaan.
Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama Ahli Jemaah Menteri dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian mengenai Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Putrajaya hari ini bersetuju supaya semua pihak perlu bergerak sebagai satu pasukan ke arah mempercepatkan pelaksanaan reformasi dan inisiatif ekonomi yang dirancang.
Sejumlah RM6.9 juta diluluskan untuk disalurkan bagi memenuhi segala permintaan atlet di bawah program Road To Gold (RTG), menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.