ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Jun 2023.
 
1. DUN Selangor bubar Jumaat ini - Setiausaha Sulit Sultan Selangor

Baginda turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor.


2. PRN: Gerakan sah bertanding tiga kerusi DUN di Kedah

Calon yang akan bertanding dalam PRN akan datang mesti berkemampuan dari segi kewangan serta fasih berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.


3. Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Dewan Negara ke-19

Wan Junaidi menggantikan Tan Sri Rais Yatim yang dilantik sebagai Speaker Dewan Negara sejak 18 Jun 2020 dan tamat perkhidmatan pada 16 Jun lepas.


4. Acryl Sani bersara awal sebagai Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani akan menamatkan kontraknya lebih awal iaitu pada Julai ini.


5. Tiada bukti Hakim Nazlan lakukan kesalahan jenayah - PM Anwar

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang bukti kesalahan jenayah yang didakwa dilakukan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika mengendalikan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


6. Anwar tekankan komitmen pacu pertumbuhan inklusif, percepat pelaksanaan projek

Kerajaan akan melaksanakan semua yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan inklusif dan mampan dalam ekonomi terbuka yang menghargai aliran kewangan bebas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


7. investED dilancar, bantu 9,000 mahasiswa dalam industri pasaran modal

Kerajaan hari ini melancarkan Program Bakat Pasaran Modal untuk Graduan (CMGP) yang dijangka membantu 9,000 mahasiswa mengembangkan kemahiran dan kebolehpasaran khususnya dalam industri pasaran modal.


8. Terlampau banyak 'scam', akhirnya Telegram beri kerjasama patuh undang-undang Malaysia

Platform media sosial, Telegram hari ini akur untuk memberi komitmen dan bersedia menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengekang isu keselamatan siber di platform berkenaan.



9. Bekerja sebagai satu pasukan, jayakan reformasi dan inisiatif ekonomi dirancang - PM Anwar

Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama Ahli Jemaah Menteri dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian mengenai Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Putrajaya hari ini bersetuju supaya semua pihak perlu bergerak sebagai satu pasukan ke arah mempercepatkan pelaksanaan reformasi dan inisiatif ekonomi yang dirancang.


10. RM6.9 juta peruntukan dilulus untuk program RTG - Hannah

Sejumlah RM6.9 juta diluluskan untuk disalurkan bagi memenuhi segala permintaan atlet di bawah program Road To Gold (RTG), menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.