Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 17, 2023 15:59 MYT
Jun 17, 2023 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Jun 2023.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin enggan melayan laporan yang mendakwa kediamannya ‘diserbu’ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pada Selasa lalu.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu selamat menjalani pembedahan jam 4 pagi, pada Sabtu.
Seorang lelaki warga tempatan yang disyaki menunggang motosikal melawan arus di jejambat Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehingga menyebabkan kemalangan maut, tampil menyerah diri di Balai Trafik Kajang, pada Jumaat.
Tiga beranak yang melecur dalam kejadian kereta terbakar dan meletup di Taman Industri Ringan Sri Mergong, di sini pada Selasa masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan PN bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan politik tersebut.
Sesi temuduga 'walk-in' Tesla Malaysia yang diiklankan sebelum ini diserbu ribuan orang ramai pada Sabtu.
Perdana Menteri menyifatkan tindakan sekelompok kecil golongan bukan Islam yang melabelnya sebagai Islamist dalam kerajaan pimpinannya adalah satu pandangan yang haprak.
SPRM mengesahkan telah menerima laporan berkaitan dakwaan mengenai 'naungan politik' yang melindungi pengendali platform perjudian dalam talian di negara ini.
Nahas itu membabitkan sebuah bot nelayan yang membawa tiga kru serta 10 penumpang dan sebuah bot pelancong yang dinaiki dua kru serta 10 penumpang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ahli politik tidak perlu campur tangan dalam urusan perolehan aset ketenteraan negara.