Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 14, 2023 15:59 MYT
Berikut merupakan berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Jun 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Jun 2023.
1. B40: Baucar Perlindungan Tenang tak diteruskan kerana tuntutan sikit
Kerajaan memutuskan untuk meneruskan perlindungan sosial melalui Skim Perlindungan Nasional B40 atau Skim mySalam.
2. SPRM di bawah EAIC sedang diteliti secara mendalam - Ramkarpal
Satu nota Jemaah Menteri telah dikemukakan kepada Kabinet pada 19 April lalu bagi membincangkan hala tuju penyerapan SPRM ke dalam EAIC.
3. Astro AWANI kekal jenama berita paling dipercayai untuk tahun ke-6
Berdasarkan Laporan Berita Digital Institut Reuters 2023 dan University Oxford, Astro AWANI menduduki tangga pertama dengan 70 peratus.
4. Zahid Hamidi dapat kebenaran khas lawat Najib di Penjara Kajang - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebenaran khas itu diberikan mengikut Bahagian 10, Peraturan 86, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
5. Pengkelasan B40, M40, T20 dihapuskan mulai 2024 - Rafizi
Beberapa perkara yang sedang diusahakan kerajaan ketika ini adalah berbeza daripada pendekatan yang diambil pentadbiran terdahulu, termasuklah dalam hal membabitkan bantuan atau subsidi.
6. Zii Jia mahu berehat
PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia memutuskan untuk berehat daripada arena badminton setelah tumpas dalam pusingan pertama Terbuka Indonesia pada Rabu.
7. 'Saya ceraikan awak, Puteri Sarah talak satu' - Syamsul Yusof
"Saya ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu," kata Pengarah filem 'Mat Kilau', Syamsul Yusof ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.
8. Sultan Kelantan perkenan bubar DUN 22 Jun ini
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memperkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibubarkan pada 22 Jun ini.
9. Najib dinafikan keadilan dengan penghakiman cukai RM1.7 bilion - Peguam
Datuk Seri Najib Razak dinafikan akses kepada keadilan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menghalangnya daripada mempertikaikan penalti cukai berjumah RM1.7 bilion dikenakan terhadapnya
10. Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover' elak motosikal lawan arus
Seorang lelaki maut selepas tercampak daripada motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya sebelum jatuh dari jejambat (flyover) di susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) menghala Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
#berita tempatan #berita pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI