Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 10, 2023 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Jun 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Jun 2023.
1. Sidang JKSMN ke-3 bahas penyelesaian krisis sekuriti makanan negara
Tiga kertas kerja telah dikaji kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran padi negara dengan melaksanakan lima musim tanam dalam tempoh dua tahun.
2. Jawatankuasa RTG bermesyuarat minggu depan, kaji keperluan Azizulhasni - Hannah Yeoh
Semua pihak diharap tidak risau dengan perkembangan tersebut dan percaya isu itu dapat diselesaikan dengan baik.
3. Edar risalah kecam Presiden UMNO, mungkin dilakukan kluster gantung, pecat - Puad
Datuk Puad Zarkashi yakin, tindakan itu berkemungkinan dilakukan mereka yang digantung atau dipecat daripada parti itu.
4. KPM tidak keluar senarai ranking sekolah terbaik SPM 2022
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ranking yang tular menerusi media sosial sejak semalam adalah di luar pengetahuan pihak kementerian.
5. 'Saya tak masuk campur soal pengampunan Najib' - Rosmah
Namun beliau berharap, Najib dapat dibawa keluar dari penjara secepat mungkin seperti yang diikrarkan dalam dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.
6. Siasat Sanusi: Bukan dendam politik, dibuat ikut undang-undang - Saifuddin
Siasatan terhadap Sanusi juga dilakukan susulan ucapan pemimpin berkenaan yang didakwa menimbulkan keresahan kepada banyak pihak.
7. Prestasi PRU: Pandangan Ahmad Maslan simplistik tanpa fakta - Ismail Sabri
Malah unjuran UMNO ketika PRU-15 boleh melepasi 112 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, namun unjuran itu tidak dapat dicapai.
8. 'Tiada isu Pemuda UMNO nak boikot Presiden' - Dr Akmal
Beliau berkata, kelantangannya yang menuntut parti berkenaan memohon maaf kepada UMNO adalah suara akar umbi sekali gus menjadi tanggungjawabnya untuk menyuarakan perkara berkenaan.
9. Keahlian diterima, Annuar Musa kini sah ahli Pas
Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa kini sah menyertai parti Pas selepas mengemukan permohonan beberapa bulan lalu.
10. PAU2023: 'UMNO terbuka untuk terima kembali ahli digantung, dipecat' - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu sentiasa terbuka untuk menerima kembali ahli-ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin termasuk mereka yang digantung atau dipecat.
#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Berita AWANI
;