Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 9, 2023 23:52 MYT
Jun 9, 2023 23:52 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Jun 2023.
Perdana Menteri, yang memakai Baju Melayu berwarna biru, tiba pada jam 9 pagi dan disambut Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Meskipun kini berada di sebalik tirai besi, nama Datuk Seri Najib Razak dan laungan “Bossku” tetap bergema di Dewan Merdeka.
Datuk Seri Azlan Man sebelum ini dituduh atas lima kes mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis sementara lima kes AMLA di mahkamah sama di Kuala Lumpur.
Bekas Mufti Perlis Datuk Mat Jahya Hussin dilaporkan meninggal dunia pagi tadi. Pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Datuk Fathul Bari menerusi hantaran di laman Facebook.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kehadirannya ke Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU2023) adalah untuk menyempurnakan tugas negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah permohonan difailkan oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya Mahkamah Tinggi menentukan persoalan undang-undang berkaitan pengampunan diraja yang diberikan kepada Perdana Menteri itu, lima tahun lepas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.
Akaun bank berjumlah lebih RM39 juta termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka telah dibekukan, susulan siasatan penyelewengan dana negara berjumlah anggaran RM2.3 bilion.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memaklumkan akan bertemu dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu depan.
Ketua Bahagian Bukit Gantang, Perak Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata untuk itu, UMNO harus revelan mengikut masa dan tidak boleh ketinggalan zaman.