Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 8, 2023 23:47 MYT
Jun 8, 2023 23:47 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Jun 2023.
Gred Purata Nasional bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 dilaporkan lebih baik daripada tahun 2021.
Peningkatan harga bagi bahan asas itu belum lagi sesuai kerana rakyat masih bergelut dengan tekanan kos sara hidup.
Keadaan itu berlaku susulan gangguan bekalan vaksin HPV dan peningkatan harga vaksin HPV.
Kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak yang berasal dari negara itu, Jocelyn Chia.
Ketua Menteri Pulau Pinang , Chow Kon Yeow berkata, beliau akan mempersembahkan perkara itu kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dalam masa terdekat.
DAP digesa membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap UMNO sekiranya parti itu serius dalam menjalinkan kerjasama khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Lembaga Tabung Haji (TH) telah bekerjasama dengan kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji dengan pangkalan data sedia ada berkaitan pendapatan jemaah yang terpilih.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun mengalami kecederaan selepas dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang pada Rabu.
Setelah 18 tahun tertangguh, Malaysia dan Indonesia akhirnya menyelesaikan isu persempadanan maritim antara wilayah melibatkan Laut Sulawesi dan Selat Melaka, hari ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau bersedia didakwa atas kenyataannya berkaitan sejarah Kedah dan Proklamasi Orang Melayu.