Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 7, 2023 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.
1. Keprihatinan Agong, Permaisuri penawar buat Datuk Paduka Maharaja Lela
Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini hampir-hampir saja menarik diri daripada mengemudi istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, pada Isnin lalu.
2. Tun M akui pernah pujuk Guan Eng bayar lebih kepada Kedah
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui pernah memujuk bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk membayar pajakan Pulau Pinang kepada Kedah dengan kadar lebih daripada RM10,000 pada setiap tahun semasa menjawat jawatan tersebut.
3. 'Caj rawatan RM1 tak lagi mampu tampung kos kesihatan negara'
Caj rawatan RM1 bagi perkhidmatan kesihatan di premis kesihatan kerajaan dilihat sudah tidak lagi mampu menanggung kos sistem kesihatan negara.
4. 'Saya tidak bertanggungjawab atas hilangnya 43 barang kemas' - Rosmah
"Saya tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kehilangan 43 barang kemas itu kerana ia sudah diambil oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia)," kata Datin Seri Rosmah Mansor menerusi pernyataan tuntutan pembelaan yang difailkan Tetuan Eza Rahim dan Rajivan di Mahkamah Tinggi, di sini, pada Selasa.
5. Tuan Ibrahim dakwa Empangan Chereh pecah pada Nov 2021
Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air mendedahkan kepada Dewan Rakyat bahawa Empangan Chereh di Kuantan telah pecah pada November 2021.
6. Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Baginda bertitah agar semua pihak tidak mempolitik, membangkit atau membahaskan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam sehingga Majlis Raja-Raja membuat keputusan muktamad.
7. Jokowi tiba untuk lawatan kerja ke Malaysia
Presiden Indonesia Joko Widodo tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan kerja dua hari atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8. Speaker tegur pembangkang boikot bahas LKAN, sifatkan perkara luar biasa
Beliau menegur sikap ahli Parlimen pembangkang yang memboikot sesi pembentangan, perbahasan dan penggulungan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri Dua.
9. DNA UMNO tetap perjuangkan Melayu, Islam, tidak akan kendur - Tok Mat
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan DNA parti itu adalah nasionalisme Melayu dan Islam, jati diri yang sama sekali tidak akan kendur.
10. Madah Iban 'Segulai Sejalai' jadi motto perpaduan Perdana Menteri
Perdana Menteri mahu menyelaraskan penggunaan slogan ‘Segulai Sejalai’ di seluruh negara selari dengan usaha memperkasakan semangat perpaduan antara kaum.
#berita utama #berita penting #berita tempatan #Berita AWANI