Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 3, 2023 15:46 MYT
Berikut berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.
1. Isu Laut China Selatan kekal jadi keutamaan - Menteri Pertahanan
Isu Laut China Selatan kekal menjadi keutamaan Malaysia sehingga hari ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
2. Tuntutan Sulu bayar segera lebih AS$16 bilion melampau, AGC nafi dakwaan peguam
Jabatan Peguam Negara menafikan sepenuhnya semua dakwaan dan sindiran yang dilemparkan peguam kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II, Paul H Cohen.
3. Selaraskan sistem pendidikan prasekolah demi kualiti lebih baik - Pakar
Sudah tiba masanya sistem prasekolah di Malaysia diselaras dan diseragamkan, mengambil kira dapatan dari laporan Bank Dunia dalam kajian semula sistem pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
4. Misi minyak sawit berakhir dengan jaya, UK sedia iktiraf MSPO
Lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke United Kingdom (UK) berakhir dengan jayanya apabila penggubal dasar di sini telah memberikan komitmen untuk mengiktiraf pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dalam garis panduan terperinci bagi memastikan komoditi yang memasuki negara adalah mampan.
5. Kerajaan arah pusat peniaga di seluruh negara dibangun dan diindahkan
Kerajaan Persekutuan mengarahkan satu usaha digerakkan untuk membangun dan mengindahkan gerai di seluruh negara bagi menjamin kesejahteraan golongan penjaja yang berpendapatan rendah.
6. Anwar mahu murid dilatih bersihkan tandas sekolah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat teguran bahawa kebanyakan tandas di sekolah di negara ini tidak terjaga dan dibaik pulih sebaiknya.
7. Kerajaan pastikan tindakan ke atas Telegram tidak terlalu jejaskan pengguna
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-pastikan-tindakan-ke-atas-telegram-tidak-terlalu-jejaskan-pengguna-422336
8. Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
UMNO sentiasa membuka pintu kepada bekas ahlinya untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) walaupun bukan sebagai perwakilan.
9. Kertas siasatan terhadap Tun M sudah lengkap - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan kertas siasatan terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkenaan penghinaan terhadap Institusi Diraja dan Proklamasi Orang Melayu.
10. MATA dalam misi tarik jemaah haji dan umrah China untuk transit ke Malaysia
Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) sedang dalam usaha untuk menarik jemaah haji dan umrah daripada negara China, untuk melawat atau transit di Malaysia terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Arab Saudi.
#berita utama #berita tumpuan #berita pilihan #berita tempatan