Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 27, 2023 15:59 MYT
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Mei 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Mei 2023.
1. 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan' tema Hari Kebangsaan 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan hari ini, 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan' diangkat sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023.
2. Kenaikan gaji guru: Kelayakan akademik tinggi dalam perbincangan KPM - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) akan membincangkan secara serius cadangan kenaikan gaji bagi guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi, sebagai pengiktirafan kepada golongan pendidik di negara ini.
3. Telegram enggan beri kerjasama kepada Kerajaan Malaysia - Fahmi
Meskipun sudah dipanggil sejak Januari tahun ini namun pihak pengurusan Telegram masih tidak memberikan kerjasama kepada kerajaan, malah enggan berjumpa sehingga ke hari ini.
4. LIMA'23: 'Penganjuran paling berjaya, rekod urus niaga lebih RM17 bilion' - Mohamad
Penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi tahun 2023 (LIMA'23) disifatkan sebagai yang paling berjaya diadakan sepanjang 16 edisi penganjurannya sejak tahun 1991.
5. Tuduhan dana judi: 'Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas' - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin membaca dengan lengkap kenyataannya berhubung dana judi yang didakwa melibatkan Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum mengambil tindakan undang-undang.
6. Kapal LCS: Kerajaan tiada pilihan selain ambil alih BNS - Anwar
Kerajaan tiada pilihan selain mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) sebagai anak syarikat kepada Kementerian Kewangan.
7. Isa Samad kembali sertai UMNO
Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan bahawa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang meninggalkan UMNO pada 2018, diterima menyertai semula parti itu.
8. Tragedi Everest: Jenazah Allahyarham Awang Askandar selamat dikebumi di Benoni
Jenazah Allahyarham Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, yang terkorban ketika misi mendaki Gunung Everest, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Benoni, Papar pada jam 5.30 petang hari ini.
9. Hadi sedia jumpa sesiapa sahaja termasuk Anwar
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau terbuka untuk bertemu dengan sesiapa sahaja termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10. "Ada rombakan Kabinet? Kita tunggu kalau benar" - Zahid
Sebarang rombakan Kabinet di bawah Kerajaan Perpaduan adalah hak mutlak dan berdasarkan budi bicara perdana menteri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
#berita tempatan #berita pilihan #Berita AWANI #berita menarik