Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 15, 2023 23:45 MYT
Mei 15, 2023 23:45 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Mei 2023.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa sikap Tan Sri Azam Baki yang menjalankan tugas dan siasatan tanpa mengira puak atau parti menjadi antara faktor kerajaan melanjutkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau memberi contoh, antara usaha yang akan dibaik pulih adalah isu masalah air di Kelantan dan Sabah yang akan cuba ditangani kerajaan meskipun melibatkan perbelanjaan besar.
Setiap kali adanya tanah lapang, pastinya hadir tindakan yang tidak bertanggungjawab menjadikan ia sebagai lubuk kepada lembangan sampah yang mencacatkan pemandangan asal.
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya, masing-masing berusia 12 dan 14 tahun.
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini, hari ini, atas tuduhan gagal membekalkan baju raya kepada seorang individu, Februari lalu.
Kerajaan Malaysia dan World Economic Forum (WEF) menubuhkan sebuah Pusat Revolusi Industri 4.0 (C4IR) pertama seumpamanya di rantau Asia Tenggara.
Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.
Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti terhadap kenyataan yang mendakwa beliau menggunakan kuasa untuk memewahkan diri dan keluarga.
“Ini kali pertama UMNO atau Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengiktiraf apa yang berlaku pada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 sebagai satu penzaliman,” kata bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.
Kerajaan sedang meneliti situasi 3W atau 3 Win iaitu 'menang-menang-menang' antara organisasi media, pengamal media dan pembaca, selari dengan perubahan dan perkembangan media hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.