Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 13, 2023 15:48 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Mei 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Mei 2023.
1. Tular gambar Nik Abduh bersama Anwar
Dua keping gambar memaparkan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz 'duduk' bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tular di media sosial pada Jumaat.
2. Peringatan buat jemaah umrah, jangan salah guna visa untuk tunai haji - MOTAC
Bakal jemaah umrah Malaysia diberi peringatan agar tidak menyalahgunakan kemudahan Visa Pelancong dan Visa Umrah dengan tujuan untuk menunaikan ibadah haji yang dijangka bermula pada minggu ketiga bulan depan.
3. Kanak-kanak pandu kereta belajar dari YouTube
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu sebuah kereta sejauh kira-kira 2.5 kilometer (km) sebelum kemalangan di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi, pada Selasa lalu dikatakan belajar cara memandu melalui YouTube.
4. Dakwaan kekayaan Tun M: "Jangan tegakkan benang yang basah" - PM Anwar
Tun Dr Mahathir Mohamad diminta agar tidak mengelak daripada “kenyataan sebenar” berhubung aset yang dimiliki oleh beliau dan keluarganya.
5. Kerajaan arah siasat laporan Malaysia rugi RM4.5 trilion akibat rasuah
Kerajaan telah mengarahkan agar siasatan dijalankan berhubung laporan Malaysia mengalami kerugian mencecah RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun akibat rasuah dan ketirisan.
6. Tuntutan Sulu: Malaysia tidak bersalah - Azalina
Malaysia tidak melakukan sebarang kesalahan dalam menangani tuntutan Kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman.
7. Empangan Selangor mampu bertahan enam bulan - MB
Bekalan air di empangan Selangor mampu bertahan sehingga enam bulan jika tiada hujan disebabkan musim panas atau El-Nino.
8. Unit pusat TVET ditubuh selaras pengambilan pelajar, sesi pengajian institusi TVET seluruh negara
Unit Pusat Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan diwujudkan bagi menyelaras pengambilan pelajar serta sesi pengajian di 1,260 institusi TVET di seluruh negara.
9. Nik Nazmi nafi pegawainya disiasat SPRM
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menafikan dakwaan kononnya pegawai beliau telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes rasuah.
10. Konvensyen Kerajaan Perpaduan beri isyarat jelas kestabilan kerajaan - Fahmi
Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang diadakan esok memberi isyarat jelas bahawa kestabilan kerajaan kini akan menjadi asas kepada pembangunan negara serta kemakmuran rakyat, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Berita AWANI