Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 8, 2023 23:46 MYT
Mei 8, 2023 23:46 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Mei 2023.
Walaupun tindakan membenarkan pengeluaran KWSP akan dianggap popular, namun katanya ia bukan jalan penyelesaian kepada rakyat.
Dia didakwa meminta rasuah daripada seorang lelaki berusia 37 tahun sebagai dorongan untuk dirinya membantu individu itu mendapatkan program latihan dan penempatan pekerja.
Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mengetuai pasukan pembelaan dalam rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali bagi kes mengabai dan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella.
Pembangkang perlu mengemukakan cadangan dan tawaran berhubung pengagihan peruntukan melibatkan kesemua Ahli Parlimen mereka.
Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, mengarahkan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan tahap kesihatan mentalnya.
Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah terkawal demi memastikan aliran wang ke dalam ekonomi Malaysia adalah pada tahap yang optimum.
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan status kawasan tempatan jangkitan akan diteruskan meskipun COVID-19 tidak lagi menjadi Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC).
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendedahkan kekayaan yang didakwa diraih ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbirannya.
Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) digesa melaksanakan tanggungjawabnya terhadap pelarian dan pemohon suaka yang berada di dalam negara selaras mandat dan fungsi penubuhannya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini hadir ke majlis tayangan perdana "Anwar: The Untold Story" iaitu sebuah filem yang memaparkan kisah hidup serta perjuangan politik beliau.