Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 3, 2023 15:50 MYT
Berikut berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Mei 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Mei 2023.
1. Wisma Putra terima maklumat tiga rakyat Malaysia masih di Sudan
Wisma Putra mengesahkan menerima maklumat mengenai sebuah keluarga warga Malaysia yang masih terperangkap dan tinggal di wilayah Al-Gaza, pada 30 April lalu.
2. Kes Bella: Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella.
3. Murid, guru dibenar pakai baju sukan semasa cuaca panas
Murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan diberi kebenaran untuk memakai baju sukan semasa cuaca panas bagi mengelakkan komplikasi kesihatan.
4. Lesen memandu kini boleh diperbaharui untuk tempoh 10 tahun - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran instimewa.
5. BNM umum OPR naik kepada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kadar dasar semalaman (OPR) meningkat 25 mata perpuluhan kepada 3 peratus.
6. Malaysia beralih kepada dwirangkaian pada Jan 2024, tamatkan monopoli DNB
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata menerusi pelaksanaan tersebut, ia memberi ruang kepada entiti baharu sebagai penyedia perkhidmatan.
7. Agong, Permaisuri berangkat ke London, hadiri pertabalan Raja Charles III
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat mengadakan lawatan khas ke London, Britain bermula hari ini bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles III.
8. 10 ADUN DAP P. Pinang nafi terlibat gerakan singkir Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri
10 wakil rakyat daripada DAP Pulau Pinang hari ini menafikan terlibat dalam cubaan menyingkirkan Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
9. Tumbang kerajaan: Sampai bila rakyat tanggung keadaan sebegini? - Sultan Ibrahim
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah menyuarakan kebimbangan baginda berkenaan desas-desus yang menyentuh mengenai kestabilan kerajaan.
10. Strok haba: Elak aktiviti luar rumah jika tiada keperluan - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai agar tidak melakukan aktiviti luar rumah sekiranya tiada sebarang keperluan bagi menggelakkan serangan strok haba.
#berita tempatan #berita pilihan #berita utama #berita tumpuan