Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 25, 2023 23:54 MYT
April 25, 2023 23:54 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 April 2023.
Cuaca panas ketika ini boleh menyebabkan strok haba berlaku hanya dalam tempoh yang singkat kepada kanak-kanak.
Sebanyak 353 kes COVID-19 dengan subvarian XBB dilaporkan di negeri ini membabitkan sembilan daerah setakat Sabtu lalu.
Dua jenama mi segera dari Malaysia dan Indonesia itu mengandungi bahan etilena oksida iaitu sebatian kimia yang dikaitkan dengan limfoma dan leukemia.
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di cerun bukit melibatkan kawasan seluas 1,115 meter persegi berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Jalan Duta, pada Selasa.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang permohonan rasmi bagi membincangkan peruntukan kewangan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Pelakon dan penerbit Boy Iman antara empat individu yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menipu seorang wanita berhubung urusan penjualan tapak festival Hooray X Fest Raya.
Pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan sedia untuk berundur daripada barisan hadapan industri penerbangan itu bila-bila masa.
Public Investment Bank Bhd (Public Investment Bank) menjangkakan Malaysia akan menghadapi tekanan inflasi yang tinggi dalam tempoh jangka pendek walaupun kadar pertumbuhan dijangka perlahan pada separuh pertama 2023.
Siasatan awal mendapati tiada tanda-tanda dari faktor semula jadi yang dikenal pasti menyebabkan insiden runtuhan berdekatan bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) milik SPRM di Jalan Duta.
Polis menahan sepasang suami isteri berusia 23 dan 24 tahun yang baru melangsungkan perkahwinan semalam berdekatan parkir sebuah masjid di Chikus, Langkap