Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 21, 2023 23:59 MYT
April 21, 2023 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 April 2023.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan kadar khas bayaran saman berjumlah RM50 setiap satu bagi semua saman trafik termasuk kesalahan pada 2022 dan sebelumnya bermula hari ini hingga 21 Mei depan.
Konflik rumah tangga Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38,dan Syamsul Yusof, 39, terus memperlihatkan tanda-tanda belum reda apabila kedua-dua mereka saling berbalas kenyataan di media sosial.
Legenda bola sepak negara, Khalid Ali mahu meneruskan kehidupannya dengan cara baharu yang lebih bermakna setelah disahkan menghidap kanser paru-paru pada awal Ramadan lalu.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu tidak boleh ditipu dan diheret keluar daripada dasarnya serta hala tuju Islamnya.
Kejadian tersebut berlaku beberapa hari lalu apabila pasangan suami isteri dan seorang anak mereka mahu pulang ke Kediri, Jawa Timur dari Jakarta.
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri melibatkan tiga negeri pembangkang tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pihak Imigresen telah mengarahkan kedua-dua mereka kembali ke Malaysia untuk membantu siasatan.
Dua rakyat Malaysia yang berada di Sudan telah dibawa keluar dari tempat mereka dan dipindahkan ke lokasi selamat, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Tiba sahaja Syawal, pasti ramai yang menantikan iklan Raya paling best daripada syarikat terkemuka. Paling yang dinanti sudah tentu mesej yang mahu diketengahkan kepada penonton.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat mengambil iktibar daripada rakyat Palestin yang sering ditindas rejim Israel terutama dalam aspek kebebasan beragama.