Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 14, 2023 23:53 MYT
April 14, 2023 23:53 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 April 2023.
Seorang lelaki maut selepas tercampak keluar daripada lori yang dinaikinya sebelum jatuh dari jambatan dalam satu kemalangan di Kilometer 68.3 (Arah Selatan) laluan Machap ke Simpang Renggam, pada awal pagi tadi.
Datuk Yusof Haslam mengingatkan anaknya, pengarah sensasi, Syamsul Yusof supaya membuang ego dan jangan menyimpan dendam selepas melafazkan talak terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38, pada 18 April ini.
Syarikat penerbangan yang terlibat dengan nahas pesawat di Sabah pada 1976 seharusnya mempunyai tanggungjawab besar dalam insiden tersebut.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi tidak dijemput untuk menghadiri majlis anjuran kerajaan Persekutuan sebagai ketua kerajaan negeri.
Mengaku bersalah terhadap 32 pertuduhan merogol, melakukan amang seksual fizikal dan seks menggunakan objek terhadap anak tirinya yang berusia 16 tahun, sejak tiga tahun lalu.
Seorang lelaki yang melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara sendiri berusia 11 tahun telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.
SPRM menahan reman dua bekas pengarah syarikat pemilik pusat urut terkemuka berhubung penyelewengan dana bagi pembelian minyak urut bernilai kira-kira RM9 juta.
Menurut beliau, perkara itu mampu memberi manfaat serta pulangan yang besar kepada rakyat jelata dalam menikmati pelbagai hasil dan faedahnya terutama melibatkan golongan penjawat awam.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan sekiranya perpecahan dalam kalangan orang Melayu akibat perbezaan fahaman politik akan membuatkan umat Islam terus lemah di negara ini.
Pengguna diingatkan agar menyemak setiap maklumat yang diterima sebelum menyebarkan ke platform media sosial masing-masing.