Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 10, 2023 23:51 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 April 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 April 2023.
1. Azlan Man hadapi lima tuduhan tuntutan palsu bernilai lebih RM1.18 juta
Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melibatkan tuntutan palsu berjumlah lebih RM1.18 juta yang dilakukan pada tahun 2013 hingga tahun 2017.
2. Tarikh lihat anak bulan Syawal 20 April
Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
3. Lanjutan tempoh: Teksi, e-hailing capai usia lebih 10 tahun perlu buat permohonan semula
Kerajaan membenarkan kenderaan yang berusia lebih 10 tahun, namun masih belum mencapai tempoh 15 tahun untuk kembali beroperasi.
4. Ahmad Zahid kemuka representasi mohon gugurkan 47 pertuduhan
Permohonan untuk menggugurkan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapinya.
5. Mekanik dipenjara 28 tahun, 13 sebatan rogol, amang seksual anak kandung
Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh yang berusia 47 tahun mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu.
6. Dalai Lama mohon maaf atas video 'cium', minta kanak-kanak hisap lidah
Dalai Lama memohon maaf kepada kanak-kanak lelaki tersebut dan ahli keluarganya jika beliau telah melukakan perasaannya.
7. Kadar pengangguran Februari 2023 turun kepada 3.5 peratus - DOSM
Kadar pengangguran Malaysia pada Februari tahun ini menurun kepada 3.5 peratus dengan 591,900 orang penganggur, menurun 0.1 peratus berbanding Januari.
8. Tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 diawalkan 14 April
Kerajaan bersetuju tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan daripada 17 April kepada 14 April ini.
9. Pengampunan Diraja Najib bukan pendirian kerajaan - Anthony Loke
Isu permohonan Pengampunan Diraja ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah dibawa ke dalam mesyuarat Kabinet untuk dibincangkan.
10. PDRM sahkan pihak berkuasa Australia rampas 336kg dadah dalam kontena dari Malaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihak berkuasa Australia telah berjaya merampas dadah heroin seberat 336 kilogram yang dibawa masuk menerusi kontena dari Malaysia ke Brisbane pada 13 Mac lalu.
#berita pilihan #berita tempatan #amang seksual #PDRM
;