Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 3, 2023 23:50 MYT
April 3, 2023 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 April 2023.
Beberapa syarikat terkemuka dari China telah bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai hab serantau mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semua jabatan, agensi kerajaan dan kementerian diminta untuk menganjurkan majlis ilmu sepanjang Ramadan ini dengan memberikan fokus kepada memahami ayat al-Quran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baru beberapa minit Dewan Rakyat mula bersidang, kekecohan timbul hari ini apabila semua Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dari dewan.
Seorang jemaah umrah yang mengalami sesak nafas sehari sebelum berangkat pulang ke Malaysia masih ditahan di Hospital Al Shefa Syarif Mansour di Mekah ekoran masih belum melunaskan bil rawatan sepenuhnya.
Pelakon Diana Danielle mendedahkan suaminya yang juga aktor Farid Kamil sudah tidak membayar nafkah selama empat bulan malah turut berhutang dengannya.
Pihak pendakwaan memohon perbicaraan kes hari ini ditangguhkan kerana terdapat perkembangan baharu.
KPT tidak berminat untuk menjadi 'polis universiti' dengan mengawal polisi dan dasar pendidikan di Universiti dalam menetapkan garis panduan berhubung kebenaran kemasukan parti politik ke dalam kampus Universiti.
Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat melalui undian suara pada Isnin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan penjelasan berhubung implikasi kewangan yang terlibat sekiranya semua pegawai perubatan lantikan kontrak diserap masuk dan seterusnya dilantik secara tetap.
Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli menjelaskan, kerajaan enggan memilih jalan singkat dan meninggalkan beban masalah kepada pimpinan lain pada masa hadapan untuk menyelesaikannya.