Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 2, 2023 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 April 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 April 2023.
1. Pembaharuan pasaran buruh perlu dipercepat selari jangkaan perkembangan ekonomi tahun ini - BNM
Pengembangan berterusan dalam kegiatan ekonomi pada tahun ini dijangka berlaku walaupun pada kadar yang lebih rendah berbanding 2022.
2. Hina mahkamah jika buat tuduhan terhadap keputusan empat hakim
Semua pihak sepatutnya berlapang dada menerima keputusan berkenaan dan perlu memandang ke hadapan.
3. Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit yang masing-masing menghadapi masalah kornea kiri dan kanan.
4. Jualan mercun, bunga api dalam talian dilarang - Saifuddin Nasution
Sebarang bentuk penjualan mercun dan bunga api secara dalam talian adalah dilarang, walaupun ia membabitkan jenis produk yang dibenarkan untuk dijual.
5. TH gantung lesen pengelola jemaah haji syarikat Emraz Travel
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai langkah awal untuk melindungi kebajikan bakal jemaah haji.
6. Mogok Doktor Malaysia kemuka enam tuntutan
Susulan daripada mogok yang akan dilancarkan di seluruh negara pada esok, kumpulan doktor kontrak membuat enam tuntutan kepada kerajaan melalui Kementerian Kesihatan.
7. Isu doktor kontrak: KKM beri peringatan tidak sertai himpunan haram
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan semula mengenai peraturan melarang penjawat awam daripada menyertai perhimpunan haram susulan wujud perancangan daripada doktor kontrak untuk melakukan mogok selama tiga hari bermula Isnin.
8. Dituduh bocor rahsia kerajaan punca saya dihalang - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan tuduhan membocorkan rahsia sulit kerajaan menjadi punca dirinya dilarang hadir ke majlis rasmi Kerajaan Persekutuan termasuk Pameran Aeroangkasa dan Maritim Langkawi (LIMA’23).
9. JMG kenal pasti 221 cerun kritikal perlu diberi perhatian
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengenal pasti sejumlah 221 cerun kritikal yang perlu diberi perhatian khususnya ketika musim monsun melanda.
10. Barisan Exco Melaka libatkan rakan parti politik Kerajaan Perpaduan - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan telah bertemu Ketua Menteri Melaka yang baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung pembentukan barisan Exco Negeri Melaka.
#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Berita AWANI