Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 2, 2023 15:48 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mac 2023.
1. Pejuang mohon sertai Perikatan Nasional
Keputusan ini telah disepakati MEP selepas meneliti dan menilai semua pilihan gabungan atau kerjasama politik yang ada.
2. Politik Sabah: Gagasan Rakyat kini parti politik rasmi
Ketika ini Gagasan Rakyat mempunyai 25 ADUN termasuk lima bekas ADUN UMNO dan empat bekas Adun Warisan yang mengumumkan keluar parti.
3. Pelaburan RM25.5 bilion AWS bakal tingkat transformasi digital negara - PM Anwar
Pelaburan berkenaan sekali gus mampu membawa kepada peningkatan transformasi digital di dalam negara ini.
4. JKR aktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana negeri Johor hari ini
Tindakan segera telah dan sedang diambil oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) berikutan banjir di Johor antaranya mengakifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor serta-merta pada 8 pagi hari ini.
5. Dua warga emas berjiran ditemukan maut terperangkap banjir di Segamat
Dua warga emas ditemukan maut di dua rumah berasingan di Jalan Kwongsai, Chaah di sini pagi tadi.
6. LTAT keluar tawaran pengambilalihan secara sukarela bersyarat kepada BHB
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengumumkan bahawa telah mengeluarkan Notis mengenai tawaran pengambilalihan secara sukarela bersyarat (Tawaran) kepada Lembaga Pengarah Boustead Holdings Berhad (BHB).
7. Tiga lelaki disyaki terlibat kes letupan mesin ATM di Setia Alam ditahan
Polis menahan tiga rakan subahat disyaki terlibat dalam kes letupan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Setia Alam dekat sini pada 23 Feb lepas.
8. Gaji penjawat awam: PM minta JPA bincang dengan Cuepacs
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meneruskan perbincangan bersama Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai isu gaji dan upah penjawat awam
9. Lapan termasuk seorang wanita ditahan terlibat kes bunuh di sebuah kondominium
Mangsa mengalami kecederaan teruk di mata, hidung dan pendarahan di kedua-dua belah telinga serta punca kematian adalah akibat pukulan objek tumpul.
10. Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO itu berkata langkah itu penting walaupun beliau secara peribadi meraikan perbezaan pendapat dan pandangan yang diutarakan oleh mana-mana pihak.
#berita tempatan #berita pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI