Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 26, 2023 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Februari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Februari 2023.
1. 100 Hari Kerajaan Perpaduan: Cabaran PM Anwar tawan hati Melayu Semenanjung - Kaji selidik
Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan cabaran tersendiri untuk mempamerkan prestasi cemerlang dalam tempoh 100 hari perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri.
2. 100 Hari Kerajaan Perpaduan: Anthony Loke rekod skor puas hati rakyat tertinggi, Zahid paling bawah
Kaji Selidik Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan menunjukkan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berada di tangga teratas bagi skor tahap berpuas hati rakyat terhadap jemaah menteri.
3. Bekas pegawai bank Goldman Sachs mohon belas ihsan dalam kes 1MDB
Roger Ng yang disabitkan bersalah kerana membantu menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad mengemukakan rayuan kepada Mahkamah New York pada Sabtu, untuk tidak memaksanya menghabiskan lebih banyak masa di penjara.
4. "Kalau nak popular, baik saya masuk Gegar Vaganza" - Rafizi Ramli
"Kalau ahli politik, tindakan atau keputusan itu meraih populariti, saya rasa lebih baik masuk Gegar Vaganza. Tugas saya sebagai menteri ialah memperbaiki keadaan struktur ekonomi yang ada sekarang."
5. Erra Fazira tidak tahu menahu hal rumah tangga Engku Emran, Noor Nabila
Artis popular tanah air, Erra Fazira menegaskan, dia enggan masuk campur atau terlalu mengambil tahu mengenai spekulasi rumah tangga bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan Noor Nabila yang dilaporkan berantakan.
6. Tuduh GRS beli ADUN adalah tidak benar - Hajiji
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan dakwaan pihak tertentu yang menuduh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong beliau telah dibeli atau disogok sebagai tuduhan tidak berasas.
7. Ejen pembantu rumah: Datuk, Datin antara 15 individu ditahan
Sepasang suami isteri bergelar "Datuk" dan "Datin" ditahan di kediaman mereka di Shah Alam, pada 16 Feb lepas kerana disyaki menjadi ejen Pembantu Rumah Asing (PRA) secara haram.
8. Demokrasi semakin subur dalam proses pemilihan UMNO - Zahid
Jumlah calon yang ramai menawarkan diri untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO 2023 kali ini bukti demokrasi semakin menyubur dalam parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
9. Majikan perlu patuh, tidak beri alasan lapuk elak guna pakai Akta Pekerja 1955
Kerajaan menggesa semua majikan mematuhi dan tidak menggunakan pelbagai alasan lapuk bagi mengelak untuk mengguna pakai Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) terutama membabitkan pengurangan tempoh waktu bekerja dari 48 jam kepada 45 jam seminggu.
10. 80 peratus liputan 5G akhir 2023, pelan internet lebih murah untuk semua - Fahmi
Capaian rangkaian 5G meliputi 80 peratus kawasan berpenduduk dan tawaran harga berpatutan kepada rakyat, merupakan dua matlamat utama kerajaan sebelum berakhir 2023.
#berita utama #berita pilihan #berita tempatan #Berita AWANI
;