Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 20, 2023 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Februari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Februari 2023.
1. Mindef di fasa akhir muktamad cadangan teruskan projek LCS
Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang memberi penelitian khusus dalam memastikan projek kapal tempur pesisir (LCS) dapat diteruskan bagi memperkasakan lagi sistem pertahanan dan perairan negara.
2. Perlu ada keseimbangan dalam laporan melibatkan sumber tidak didedah identiti - Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menyarankan agar pengamal media mencari titik keseimbangan dalam laporan berita yang melibatkan sumber tidak didedahkan identitinya.
3. RM2 juta peruntukan bantu rakyat daftar cap dagangan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan sejumlah RM2 juta bagi pelaksanaan program pendaftaran cap dagangan, reka bentuk dan perindustrian kepada rakyat negara ini khususnya pelajar.
4. Kanak-kanak lemas di homestay milik keluarga
Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas ketika bermandi manda di kolam renang sebuah inap desa (homestay) di Kampung Pulai, Merlimau pada Ahad.
5. Kes SRC: Hak Najib dinafikan, peguam sekadar 'hiasan' - Shafee
Peguam memberitahu, anak guamnya bukan sahaja tidak dibenarkan untuk menangguhkan prosiding sebaliknya peguam utamanya, Datuk Hisyam Teh Poh Teik juga dipaksa untuk kekal berada dalam prosiding biar pun telah memohon untuk menarik diri.
6. Perarakan replika bersenjata: 12 individu sudah diambil keterangan - Polis
Polis Terengganu telah merakam keterangan 12 individu berhubung perarakan membawa replika senjata ketika Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) baru-baru ini.
7. Dewan Rakyat kecoh tuduhan Menu Rahmah sebabkan kanser
Topik Menu Rahmah menimbulkan pertikaman lidah antara blok pembangkang dengan seorang Ahli Parlimen Kerajaan di Dewan Rakyat hari ini.
8. Tengku Zafrul sahkan dipanggil SPRM untuk bantu siasatan
Menurut Tengku Zafrul, beliau akan berjumpa dengan pihak SPRM dalam masa terdekat dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi itu.
9. Sarjan polis ditemukan maut dengan kesan tembakan akan disemadi di Sri Aman
Jasad mendiang dijangka dibawa pulang dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas.
10. Beberapa surat setuju terima projek Jana Wibawa libat ahli keluarga pemimpin politik
Beberapa senarai Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan menerusi projek di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) melibatkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #Astro Awani
;