ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Februari 2023.


1. Mindef di fasa akhir muktamad cadangan teruskan projek LCS

Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang memberi penelitian khusus dalam memastikan projek kapal tempur pesisir (LCS) dapat diteruskan bagi memperkasakan lagi sistem pertahanan dan perairan negara. 



2. Perlu ada keseimbangan dalam laporan melibatkan sumber tidak didedah identiti - Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menyarankan agar pengamal media mencari titik keseimbangan dalam laporan berita yang melibatkan sumber tidak didedahkan identitinya.


3. RM2 juta peruntukan bantu rakyat daftar cap dagangan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan sejumlah RM2 juta bagi pelaksanaan program pendaftaran cap dagangan, reka bentuk dan perindustrian kepada rakyat negara ini khususnya pelajar.


4. Kanak-kanak lemas di homestay milik keluarga

Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas ketika bermandi manda di kolam renang sebuah inap desa (homestay) di Kampung Pulai, Merlimau pada Ahad.


5. Kes SRC: Hak Najib dinafikan, peguam sekadar 'hiasan' - Shafee

Peguam memberitahu, anak guamnya bukan sahaja tidak dibenarkan untuk menangguhkan prosiding sebaliknya peguam utamanya, Datuk Hisyam Teh Poh Teik juga dipaksa untuk kekal berada dalam prosiding biar pun telah memohon untuk menarik diri.


6. Perarakan replika bersenjata: 12 individu sudah diambil keterangan - Polis

Polis Terengganu telah merakam keterangan 12 individu berhubung perarakan membawa replika senjata ketika Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) baru-baru ini.


7. Dewan Rakyat kecoh tuduhan Menu Rahmah sebabkan kanser

Topik Menu Rahmah menimbulkan pertikaman lidah antara blok pembangkang dengan seorang Ahli Parlimen Kerajaan di Dewan Rakyat hari ini.


8. Tengku Zafrul sahkan dipanggil SPRM untuk bantu siasatan

Menurut Tengku Zafrul, beliau akan berjumpa dengan pihak SPRM dalam masa terdekat dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi itu.


9. Sarjan polis ditemukan maut dengan kesan tembakan akan disemadi di Sri Aman

Jasad mendiang dijangka dibawa pulang dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas.


10. Beberapa surat setuju terima projek Jana Wibawa libat ahli keluarga pemimpin politik

Beberapa senarai Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan menerusi projek di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) melibatkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu.