Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 2, 2023 23:59 MYT
Februari 2, 2023 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Februari 2023.
Seramai 10 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda di ibu negara pada Jumaat lalu, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim.
Menurut pakar alam sekitar, negara akan terus menyaksikan kejadian tanah runtuh berikutan beberapa faktor termasuk perubahan iklim global yang membawa impak besar kepada Malaysia menerusi kadar hujan yang tinggi.
Seorang pemandu maut selepas treler yang dipandunya terbalik di Kilometer 371.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat Slim River, malam tadi.
Kedudukan curam dan cuaca semakin gelap antara kesukaran dihadapi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk melakukan kerja-kerja pemadaman Gunung Baling yang terbakar sejak petang Rabu.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk memohon supaya pembekuan akaun parti itu dapat dibatalkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan badan siasatan, penguatkuasaan dan badan kehakiman di Malaysia kekal bebas dan tidak di bawah pengaruh mana-mana pihak.
Selain Dr Mahathir dan Muhyiddin, turut dinamakan sebagai defendan ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan kerajaan.
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hari ini mengeluarkan fatwa mengenai larangan ke atas orang Islam hadir ke upacara ritual perayaan penganut agama bukan Islam di negeri ini.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap itu akan mula ditawarkan bermula Mac 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.
Mahkamah Perlembagaan Sepanyol mengekalkan pembatalan pelantikan Dr Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara dalam pertikaian Sulu.