Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 30, 2023 23:59 MYT
Januari 30, 2023 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Januari 2023.
Susulan pemecatannya daripada UMNO Jumaat lalu, Khairy Jamaluddin masih menyimpan harapan untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri pada masa hadapan tetapi beliau tidak pasti bagaimana hasrat itu akan dicapai.
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas akan melantik peguam baharu untuk mewakilinya dalam kes saman pemula terhadap Pasukan Petugas Khas dan Kerajaan Malaysia susulan kematian peguam beliau, Datuk Seri Gopal Sri Ram, semalam.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengeluarkan Arahan Memberhentikan Kerja serta-merta kepada pemilik sebuah projek di Jalan Raja Laut, di Kuala Lumpur, susulan gangguan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan Laluan Ampang yang berlaku 27 Jan lalu.
Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak seperti apa yang dijanjikan khususnya dalam soal integriti dan tatakelola yang baik.
Ada yang setuju kerana yakin pengalaman dan pendidikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sesuai dengan jawatan tersebut, yang tidak bersetuju pula mendakwa tindakan itu akan mengundang kritikan kepada Perdana Menteri sendiri.
Mahkamah di Luxembourg telah memutuskan untuk menarik balik perintah sekatan (saisie arret) yang dimohon oleh individu yang mendakwa sebagai 'waris' kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Refomasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Khairy Jamaluddin yang dipecat daripada UMNO pada Jumaat lalu enggan mengulas panjang mengenai peranan dan nilai tambah yang dibawa Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kerajaan hari ini.
Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama dalam Perlindungan Data, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital serta dua Kerangka Kerjasama dalam Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau.
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar masih belum membuat sebarang keputusan berhubung hala tujunya selepas dipecat daripada parti.
Seramai 20 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag di Semporna terjatuh ke dalam laut selepas jeti di pulau berkenaan roboh kira-kira jam 6.45 pagi hari ini.