ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Januari 2023.


1. Biar dipecat dari UMNO, hasrat KJ jadi PM belum terkubur 

Susulan pemecatannya daripada UMNO Jumaat lalu, Khairy Jamaluddin masih menyimpan harapan untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri pada masa hadapan tetapi beliau tidak pasti bagaimana hasrat itu akan dicapai. 


2. Tommy minta masa lantik peguam baharu susulan kematian Sri Ram

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas akan melantik peguam baharu untuk mewakilinya dalam kes saman pemula terhadap Pasukan Petugas Khas dan Kerajaan Malaysia susulan kematian peguam beliau, Datuk Seri Gopal Sri Ram, semalam.

3. Landasan LRT bengkok: DBKL arah henti kerja projek Menara SOHO

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengeluarkan Arahan Memberhentikan Kerja serta-merta kepada pemilik sebuah projek di Jalan Raja Laut, di Kuala Lumpur, susulan gangguan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan Laluan Ampang yang berlaku 27 Jan lalu.

4. "Pembentukan Kerajaan Perpaduan hanya untuk balas budi Zahid" - Muhyiddin

Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak seperti apa yang dijanjikan khususnya dalam soal integriti dan tatakelola yang baik.

5. Pelantikan Nurul Izzah undang perdebatan di media sosial

Ada yang setuju kerana yakin pengalaman dan pendidikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sesuai dengan jawatan tersebut, yang tidak bersetuju pula mendakwa tindakan itu akan mengundang kritikan kepada Perdana Menteri sendiri. 

6. Tuntutan waris Kesultanan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Mahkamah di Luxembourg telah memutuskan untuk menarik balik perintah sekatan (saisie arret) yang dimohon oleh individu yang mendakwa sebagai 'waris' kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Refomasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

7. Anwar harus tanya apa nilai yang dibawa Zahid dalam kerajaan - Khairy

Khairy Jamaluddin yang dipecat daripada UMNO pada Jumaat lalu enggan mengulas panjang mengenai peranan dan nilai tambah yang dibawa Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kerajaan hari ini.

8. Anwar, Hsien Loong saksikan tiga MoU dimeterai antara Malaysia - Singapura

Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama dalam Perlindungan Data, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital serta dua Kerangka Kerjasama dalam Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau.

9. Tunggu dulu, saya masih dalam edah - Noh Omar

Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar masih belum membuat sebarang keputusan berhubung hala tujunya selepas dipecat daripada parti.

10. 20 murid sekolah Pulau Pababaq jatuh laut akibat jeti roboh

Seramai 20 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag di Semporna terjatuh ke dalam laut selepas jeti di pulau berkenaan roboh kira-kira jam 6.45 pagi hari ini.