Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 15, 2023 23:59 MYT
Januari 15, 2023 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Januari 2023.
Tertuduh didakwa menganiayai mangsa yang berusia empat bulan sehingga menyebabkannya mengalami pendarahan di dalam kepala dan retak di bahagian kiri tempurung kepala.
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, beliau telah meminta nasihat daripada peguam-peguam parti berkaitan perkara itu sebelum ia diluluskan.
Hasil semakan pihak itu mendapati, video berdurasi 2 minit 27 saat itu berasal dari luar negara dan ditularkan semula seolah-olah ia berlaku di Malaysia.
Seorang penunggang maut selepas motosikalnya terlibat dalam kemalangan bersama lima motosikal lain di Kilometer 187.7 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat Bagan Serai, awal pagi ini.
Walaupun telah lebih sebulan dilaporkan hilang ketika mengerjakan umrah, usaha untuk mencari dan mengesan seorang guru, Musthafa Kamal Abdullah, 49, tetap diteruskan oleh keluarganya.
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa wakil rakyat dan pemimpin parti itu yang dilantik memegang jawatan di peringkat kerajaan Persekutuan dan negeri agar tidak mengabaikan peranan yang perlu dimainkan dalam parti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri-menteri berkumpul di Kompleks Seri Perdana, di sini pada Ahad bagi menghadiri sesi permukiman bersama barisan jemaah menteri.
Penurunan harga getah sejak akhir-akhir ini menyebabkan ramai penoreh terutamanya di daerah Padang Terap, Kedah hidup dalam keadaan gelisah kerana terpaksa menanggung kos perbelanjaan harian yang semakin tinggi.
Barisan Nasional (BN) akan memfailkan petisyen di tiga kerusi Parlimen di Terengganu bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Negeri Sembilan boleh menjadi negeri model terbaik untuk menguatkan kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sekiranya ia berlaku dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.