ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Januari 2023.

1. Ibu Chef Wan meninggal dunia

Ibu kepada selebriti masakan dan juga pelakon terkenal Chef Wan meninggal dunia awal pagi tadi.

2. PAU2022: Singkir 'pengkhianat' parti! - Pemuda UMNO

Pemuda UMNO mendesak agar 'pengkhianat' parti itu disingkirkan daripada terus merosakkan institusi politik Melayu terbesar itu.

3. Sultan Terengganu berkenan terima menghadap PM Anwar

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Syarqiyyah di sini hari ini.

4. Jurulatih tampar pemain hilang kelayakan - Hannah

Jurulatih bola tampar yang terbabit dalam kontroversi menampar dua pemain yang tular dalam media sosial baru-baru ini, hilang kelayakan daripada menjadi jurulatih sukan tersebut termasuk di peringkat sekolah.

5. "Saya sudah maafkan 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin" - Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, ini kerana perkara itu telah pun berlalu dan ia berlaku ketika usaha untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

6. PAU2022: Presiden UMNO beritahu beliau 'ready to fight' - Khairy

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu menyatakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kepadanya bahawa beliau sedia untuk berentap dalam pemilihan parti.

7. "Tinggal tulang... keadaan kesihatan Yasin membimbangkan" - Abang

Zain Sulaiman, abang kepada penyanyi popular, Muhammad Yasin Sulaiman tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi keadaan adiknya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, pada Khamis.

8. Puteri Sarah fail cerai Isnin ini

Selepas menegaskan mahu berpisah dengan suaminya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dilaporkan akan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin ini.

9. 'Masih terlalu awal bincang PRN' - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat setakat ini, tumpuan beliau difokuskan kepada kerja serta tugasnya selepas mengambil alih pimpinan negara.

10. Tengku Permaisuri Selangor titah baiki pengurusan pusat kurungan haiwan terbiar

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bertitah agar pihak berkuasa khususnya majlis perbandaran memperbaiki dan menaik taraf tatacara pengurusan di pusat kurungan anjing dan kucing kendalian mereka.