Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 10, 2023 23:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Januari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Januari 2023.
1. DUN Sabah: Kedudukan berubah, Bung Moktar di blok pembangkang
Kedudukan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) telah berubah ke blok pembangkang dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pada Selasa.
2. Malaysia terima kuota penuh 31,600 orang bagi musim haji tahun ini
Malaysia menerima kuota penuh bagi musim haji tahun ini iaitu sebanyak 31,600 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
3. Bayi koma dipercayai didera pengasuh
Bayi tersebut mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan di dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala.
4. Kapal TLDM telah berusia, perlu ditukar - Sultan Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan baginda terhadap aset keselamatan negara khususnya kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berusia dan perlu ditukar.
5. Peguam gagal dapatkan kebenaran cabar kesahan pengampunan diraja Anwar
Seorang peguam gagal mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mencabar kesahan pengampunan diraja yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018.
6. Edar dadah: Isteri terlepas tali gantung, suami diarah bela diri
Seorang suri rumah tidak dapat menahan air mata apabila terlepas daripada hukuman gantung atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis di Mahkamah Tinggi.
7. "Lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu" - Mesej Puteri Sarah buat Syamsul
Tahap kemarahan dan kekecewaan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, sampai ke kemuncak apabila pelakon itu secara terbuka meminta suaminya, Syamsul Yusof agar melepaskannya.
8. Hilang 3 hari, penunggang motosikal berkuasa tinggi ditemui maut terbabas
Seorang lelaki berusia 46 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemukan maut di dalam kawasan semak di kilometer (KM) 22 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini, petang Isnin.
9. GST: Masih belum dibincangkan - Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan cukai tersebut kepada negara juga masih tidak mempunyai sebarang keputusan.
10. SPRM tahan pengarah, pemilik syarikat buat tuntutan palsu RM20.3 juta projek lembu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, menahan dua lelaki masing-masing pengarah dan pemilik syarikat kerana disyaki terbabit membuat tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM20.3 juta berhubung insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu.
#berita Malaysia #Berita AWANI #berita tempatan #berita utama
;