Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 26, 2022 23:59 MYT
Disember 26, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 Disember 2022.
Polemik politik Melaka kembali hangat diperkatakan apabila kepimpinan tertinggi negeri itu disebut-sebut akan bertukar tangan.
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) memohon maaf kepada ratusan pengunjung yang terkandas di pusat peranginan tersebut pada Ahad.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan bahawa beliau kini sudah menjadi ahli UMNO bagi bahagian Sungai Buloh iaitu kawasan yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Polis sedang menyiasat insiden dua individu bergaduh menggunakan topi keledar di persimpangan jalan sepertimana tular di media sosial.
Fenomena air pasang besar yang berlaku di Taman Negara Tanjung Piai, di sini, terus menjadi tarikan pelancong dan penduduk setempat terutama ketika musim cuti sekolah.
Idea kreatif yang timbul saat akhir sebelum rumah dinaiki air berhasil menyelamatkan rumah seorang peniaga di Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak, di sini daripada dimasuki air.
Sarawak akan meneruskan penganjuran Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 dengan skala yang lebih kecil sebagai simbolik memperingati perjuangan dan kemenangan rakyat negeri itu dalam mendepani cabaran sepanjang tahun ini.
Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir terhadap Anwar tidak penting buat masa ini kerana Perdana Menteri mempunyai tugas besar memimpin dan memulihkan ekonomi negara.
Ketua Puteri UMNO Ledang, Nadhirah Afiqah Abdul Rahim dalam satu kenyataan hari ini berkata, permintaan agar dua jawatan tertinggi itu tidak dipertanding bukan pendirian lebih tiga juta ahli UMNO di negara ini.
Kerajaan Selangor sudah menyiapkan jalan sehala di Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang ditutup berikutan kejadian tanah runtuh perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya yang mengorbankan 31 mangsa pada 16 Disember lalu.